Apa itu Linkedin

Apakah itu LinkedIn dan bagaimanakah cara untuk menggunakan platform ini?

Apakah itu LinkedIn dan bagaimanakah cara untuk menggunakan platform ini?

LinkedIn ialah rangkaian profesional di internet yang terbesar di dunia. Anda boleh menggunakan LinkedIn untuk mencari pekerjaan atau berhubung dan mengukuhkan hubungan profesional serta belajar kemahiran yang anda perlukan untuk berjaya dalam kerjaya anda.

Apa itu Linkedin
Apa itu Linkedin

Anda boleh mengakses LinkedIn daripada desktop, aplikasi mudah alih LinkedIn atau pengalaman web mudah alih.

Profil LinkedIn yang lengkap boleh membantu anda mendapatkan peluang dengan mempamerkan kisah profesional anda yang unik melalui pengalaman, kemahiran dan pendidikan.
Anda juga boleh menggunakan LinkedIn untuk mengatur acara luar talian, menyertai kumpulan, menulis artikel, menyiarkan foto dan video dan banyak lagi.

Apa itu LinkedIn

Siapakah yang patut menyertai LinkedIn?

LinkedIn ialah platform untuk semua orang yang mahu memajukan kerjaya mereka. Ini mungkin termasuk orang daripada pelbagai latar belakang profesional, seperti pemilik perniagaan kecil, pelajar dan pencari pekerjaan. Ahli LinkedIn boleh memanfaatkan LinkedIn untuk menerokai rangkaian profesional, syarikat dan kumpulan dalam industri mereka dan malah lebih jauh lagi.

Bagaimanakah saya mula menggunakan LinkedIn?

LinkedIn ialah platform dalam talian yang menghubungkan para profesional dunia.

Apakah itu LinkedIn Dan Bagaimana Boleh Mula Menggunakan LinkedIn

Berikut ialah beberapa langkah untuk bermula di LinkedIn:

Buat profil anda:
Mendaftar dan membuat profil anda ialah cara terbaik untuk mula menggunakan LinkedIn. Profil LinkedIn yang lengkap akan meringkaskan pengalaman profesional anda kepada kenalan anda, majikan semasa dan masa hadapan anda serta Talent Recruiter. Melalui profil anda, anda boleh mempamerkan kehidupan profesional, pencapaian, kemahiran dan minat anda.

Bina rangkaian anda:
Rangkaian anda memainkan peranan penting untuk mengaktifkan kuasa LinkedIn. Rangkaian anda akan membantu anda memahami perkembangan dalam industri dan lingkungan profesional anda. Anda boleh bermula dengan menambahkan ahli keluarga, rakan, alumni universiti atau sekolah, rakan sekerja anda kepada rangkaian anda.

Anda boleh juga mengikuti orang, syarikat atau topik dengan menavigasi terus ke laman Ikuti perspektif baharu yang memaparkan sumber yang disyorkan untuk anda ikuti.
Anda boleh menggunakan ciri dan Tools di dalam LinkedIn untuk membuat dan menyertai acara profesional seperti bengkel dalam talian, seminar, acara jualan dan pemasaran, Acara perangkaian dan banyak lagi.

Cari pekerjaan:
Jika anda sedang mencari peluang profesional baharu, anda boleh memulakan pencarian pekerjaan anda di LinkedIn. Anda boleh menggunakan LinkedIn untuk menyelidik syarikat yang anda ingin bekerja dan menghubungi Human Resources untuk mendapatkan info kerja kosong. Anda juga boleh memohon jawatan secara langsung, menyimpan carian pekerjaan dan memaklumi kenalan dan perekrut bahawa anda bersedia untuk menerima peluang pekerjaan.

POSTER KELAS LINKEDIN MASTERY BASIC

Perkhidmatan percuma LinkedIn berbanding langganan berbayar

LinkedIn menawarkan keahlian asas yang percuma kepada sesiapa yang ingin membina dan mengekalkan profil profesional dalam talian.

Jika anda menaik taraf kepada langganan Premium, anda akan mendapat akses lanjutan kepada produk dan ciri LinkedIn.

Apa Itu LinkedIn dan bagaimana anda boleh mula belajar?

https://mohdibrahim.com/linkedin-business-accelerator-masterclass/

https://mohdibrahim.com/linkedin-business-accelerator-masterclass/

https://mohdibrahim.com/linkedin-business-accelerator-masterclass/

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn